APA ITU BULI???

PENGENALAN APA MAKNA BULI:

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan memdera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.

Rabu, 1 September 2010

SISWA & SISWI KUMPULAN F(6)


CHAN MEE SHIN




JAMILAH BT MD RAMLY

JAMIAN BIN SAJALI

MOHAMAD AMYRUL ASYRAF B.M.ISA

USNA KOSUMPHAN
NOOR SHAHIDAH BT OTHMAN
CHIA YANG KHOON

MOHD ZAQWAN B.MOHD MOKHTAR
NORAZIATUL AKHMA BINTI MAT RASHID

KENAPA MELAKUKAN BULI...???

Sesetengah pembuli ingin mendapat perhatian.jadi apabila menjadi pembuli mereka boleh memjadi popular

dan memudahkan mereka mendapatkan apa yang mereka hajati.kebanyakkan pembuli melakukan tindakan

ini supaya diri mereka menjadi penting,besar dan berpengaruh.sikap keluarga yang suka marah-

marah,menjerit dan memanggil panggilan yang buruk dalam ahli keluarga mendorong seseorang itu menjadi

pembuli.Sesetengah pembuli tahu tindakan mereka boleh memalukan perasaan seseorang tetapi mereka suka

berbuat sebegitu untuk mencapai keinginan hati mereka.

ISU BULI:


Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi

suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia.Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli

di MTD.Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4

dipercayai dibuli oleh senior-seniornya.Jadi,kes ini perlu di ambil berat supaya tidak berleluasa.

Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini…..


1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.

2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini

3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi

4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010)

5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.

6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit

7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.

8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)

9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)

10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak

11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam

12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……

13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.

PENGENALAN APA MAKNA BULI:

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan memdera,mempermainkan seseorang

supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi

perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.Perbuatan ini dilakukan secara

berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan

harmoni.Dalam erti kata lain,buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau

maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang

lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli

bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara

berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan

harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh

membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang

lain.

SIAPA PEMBULI DAN SIAPA MANGSANYA:

• Di Malaysia , pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah khususnya yang tinggal di

asrama.Mangsa turut mempunyai tubuh badan yang kecil,pelajar yang kerap menjadi tumpuan guru akan

menjadi sasaran serta pelajar baru.Pembuli menganggap mereka kuat,pandai dan cemburu jika mereka

ketinggalan di belakang.Nercaya cara yang terbaik ialah denagan membuli mereka yang dapat member

kepuasan pada diri pembuli.

Pembuli


* Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.

* Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.

* Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.

* Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.

* Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.

Dibuli

Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,

dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.

* Bertubuh kecil.

* Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.

* Pelajar baru di sekolah.

APA MOTIFNYA MELAKUKAN BULI???

• Bagi menyamaratakan taraf sama ada yang datang dari golongan susah mahupun berada.Pemangsa akan

dilatih untuk bekerjasama dalam kehidupan pembuli.Pembuli dan pemangsa perlu saling hormat menghormati

supaya sebarang program di asrama dapat berjalan dengan teratur.Namun,jika mangsa tidak menuruti

kehendak pembuli @ senior maka insentif akan diterima oleh mereka seperti denda yang bertujuan mendidik

dan diberi peringatan bukannya hukuman.Dengan itu,mangsa akan sentiasa berdisiplin kepada seniornya.

Sebenarnya terdapat banyak motif kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:


* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

* Mereka pernah menjadi mangsa buli.

* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

* Akibat perceraian ibu bapa.

* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

* Sekadar mahu berseronok.

* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.




 

BENTUK BULI:

• Buli dapat dibahagikan kepada beberapa jenis tingkah laku.Pertama,secara fizikal dilakukan melalui

perbuatan yang berulang seperti memukul,memyuruh membasuh baju,memgurut badan dan

sebagainya.Kedua,bersifat verbal seperti mengejek,menghina atau mengusik.Ketiga adalah bersifat tingkah

laku anti sosial seperti memulau,mengata,memfitmah dan merosakkan harta benda.Oleh itu,tingkah laku buli

fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku secara langsung.

• Bagi pembulian siber ianya berbentuk fitnah,menyebarkan gambar yang bersifat seksual ,mengacam dan

 memeras ugut melalui internet mahupun mesej telefon bimbit.

PUNCA-PUNCA PEMBULI MELAKUKAN KES INI:

Sesetengah pembuli ingin mendapat perhatian.jadi apabila menjadi pembuli mereka boleh memjadi popular

dan memudahkan mereka mendapatkan apa yang mereka hajati.kebanyakkan pembuli melakukan tindakan

ini supaya diri mereka menjadi penting,besar dan berpengaruh.sikap keluarga yang suka marah-

marah,menjerit dan memanggil panggilan yang buruk dalam ahli keluarga mendorong seseorang itu menjadi

pembuli.Sesetengah pembuli tahu tindakan mereka boleh memalukan perasaan seseorang tetapi mereka suka

berbuat sebegitu untuk mencapai keinginan hati mereka.

TETAPI....Kenapakah mereka sering membuli?


Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

* Mereka pernah menjadi mangsa buli.

* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

* Akibat perceraian ibu bapa.

* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

* Sekadar mahu berseronok.

* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang
 
memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak
 
menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

STATISTIK/KEKERAPAN KES INI

• 2004-Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah

Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor,Negeri Sembilan.

• 2006 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS), Syafiqah Borhan

dibunuh dan dirogol sebelum mayatnya dicampak ke sebuah longkang di Jalan Padi Huma 1, Bandar Baru

Uda (BBU), Johor Bahru.

• 2007 – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Asrama Penuh Persint 1, Putrajaya, Muhammad Ritzwan

Roslan dibelasah dua jam dengan kemaluannya ditendang 20 pelajar senior termasuk anak seorang Ahli

Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor, berusia 16 tahun kerana salah faham dan membalas dendam.

• 2008 – Sekumpulan pelajar tingkatan dua dan tiga sebuah sekolah menengah di Johor membelasah

beramai-ramai seorang pelajar baru dikenali Muhamad di luar pintu sekolah hanya kerana mangsa menjeling

mereka.

• 2009 (Februari) – Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat disepak dan dipukul

termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar di bilik asrama dan aksinya dirakam dan disiarkan

selama 3.05 minit menerusi laman Youtube


• Mac – Mohd Azwan Md Ribi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar,

Pekan, Kuantan melecur teruk lengan kanan akibat diseterika senior di asrama kerana enggan

membelikannya rokok.

 • Ogos – Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh 50 sen selepas memeras ugut rakan sekelas,

seorang murid tahun satu sanggup bertindak ganas dengan menoreh buah zakar rakannya, Muhammad Amir

Amri dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di Alor Setar, Kedah.

2010-Mohammad Naim Mustaqim Muhammad Sobri meninggal akibat dibuli oleh seniornya di Maktab


Tentera Darat.

KESAN-KESAN BULI

• Secara emosi,mangsa seringkali berasa takut dan bimbang ketika berada di sekolah.jadi,ini akan

menyukarkan mereka untuk melinatkan diri dalam proses pembelajaran.Disebabkan ketakuatan , mangsa

takut untuk ke sekolah dan akan mengakibatkan mereka keciciran.Mereka turut bertindak membunuh diri

supaya dapat menghentikan kesengsaraan yang dialami oleh mereka.

• Secara sosial,mereka sering dipinggirkan oleh rakan-rakan sebaya mereka.hal ini kerana,mereka berasa

rendah diri dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri untuk berkawan dengan orang lain dan bersosial.

• Perbuatan buli memberi kesan kepada Negara.Kerancakan pembangunan Negara akan terbantut dan

ekonomi sukar berkembang akibat masalah yang berlaku.Banyak wang akan dikeluarkan oleh kerajaan

melalui kempen pembentukan sasiah pelajar.Modal yang diperuntukkan terlalu besar,jadi Negara menjadi

mundur.

LANGKAH MENGATASI BULI

TAHAP SEKOLAH

1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing,

sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi

borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah

mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.

2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan

dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar

untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep

buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli,

contohnya talian hotline buli 1-800-884774.

3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.

4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang

kejadian gengster.

5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri

daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka

berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru

(PIBG) sekolah.

Tahap kelas

1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli.

peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli

(psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.

2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan

hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak

ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu

bapa atau penjaga dengan sekolah.

3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.

Tahap individu

1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah

mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi

juga ibu bapa atau penjaga mereka.

2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku
 
empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli.
 
Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.

KESIMPULAN

Natijahnya,selagi masalah ini berleluasa ,impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang

bermaktabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja.Hasrat negara kita yang ingin

mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-mata.hal ini

kerana,pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.Bak

kata peribahasa Melayu ‘Pemuda Harapan Bangsa,Pemudi Tiang Negara’.Oleh itu,semua pihak haruslah

sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa

mengharungi liku-liku penuh onak dan duri ini.

Hentikan Buli !!!

Hentikan Buli !!!