Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi
suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia.Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli
di MTD.Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4
dipercayai dibuli oleh senior-seniornya.Jadi,kes ini perlu di ambil berat supaya tidak berleluasa.
Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini…..
1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu.
2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini
3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi
4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010)
5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam.
6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit
7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010)
9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010)
10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak
11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam
12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem……
13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan