ISU BULI: Seperti yang sedia maklum ,masalah buli kini semakin hari semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi suatu perkara yang membimbangkan di Malaysia.Sebagai contohnya,baru-baru ini telah berlaku kejadian buli di MTD.Kes buli ini telah menjadi isu besar yang mengakibatkan kematian pelajar lelaki tingkatan 4 dipercayai dibuli oleh senior-seniornya.Jadi,kes ini perlu di ambil berat supaya tidak berleluasa.
APA ITU BULI???
PENGENALAN APA MAKNA BULI:
Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan memdera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.
Rabu, 1 September 2010
LANGKAH MENGATASI BULI
1. Pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing,
sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi
borang soal selidik berkaitan dengan buli. Selain itu, pelajar juga boleh menulis kes-kes buli yang telah
mereka alami. Untuk mendapatkan respons tertinggi tentang perkara ini, identiti pelajar perlulah dirahsiakan.
2. Pihak sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan
dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar
untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep
buli, petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli,
contohnya talian hotline buli 1-800-884774.
3. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
4. Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat mengekang
kejadian gengster.
5. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Antara ahli yang terlibat terdiri
daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa, dan wakil pelajar. Mereka
berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.
6. Perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah.
Tahap kelas
1. Di dalam kelas, perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli.
peraturan tersebut msetilah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli
(psikologi dan fizikal), dan hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.
2. Ia tidak susah, setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan berkenaan tingkah laku buli dan
hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak
ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan tingkah laku antara pelajar dan ibu
bapa atau penjaga dengan sekolah.
3. Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan tentang isu buli dari semasa ke semasa.
Tahap individu
1. Tahap ini biasanya akan melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah
mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi
juga ibu bapa atau penjaga mereka.
2. Selain itu, guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi yang memainkan peranan terhadap tingkah laku
empati(daya menyelami dan memahami perasaan dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan pembuli.
Latihan pemulihan pula perlu diadakan dengan mangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan