APA ITU BULI???

PENGENALAN APA MAKNA BULI:

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan memdera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.

Rabu, 1 September 2010

PUNCA-PUNCA PEMBULI MELAKUKAN KES INI:

Sesetengah pembuli ingin mendapat perhatian.jadi apabila menjadi pembuli mereka boleh memjadi popular

dan memudahkan mereka mendapatkan apa yang mereka hajati.kebanyakkan pembuli melakukan tindakan

ini supaya diri mereka menjadi penting,besar dan berpengaruh.sikap keluarga yang suka marah-

marah,menjerit dan memanggil panggilan yang buruk dalam ahli keluarga mendorong seseorang itu menjadi

pembuli.Sesetengah pembuli tahu tindakan mereka boleh memalukan perasaan seseorang tetapi mereka suka

berbuat sebegitu untuk mencapai keinginan hati mereka.

TETAPI....Kenapakah mereka sering membuli?


Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:

* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

* Mereka pernah menjadi mangsa buli.

* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

* Akibat perceraian ibu bapa.

* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

* Sekadar mahu berseronok.

* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang
 
memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak
 
menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

2 ulasan:

Hentikan Buli !!!

Hentikan Buli !!!