APA ITU BULI???

PENGENALAN APA MAKNA BULI:

Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan memdera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.Secara umumnya,buli turut di definisikan sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa,aman,tenteram dan harmoni.

Rabu, 1 September 2010

APA MOTIFNYA MELAKUKAN BULI???

• Bagi menyamaratakan taraf sama ada yang datang dari golongan susah mahupun berada.Pemangsa akan

dilatih untuk bekerjasama dalam kehidupan pembuli.Pembuli dan pemangsa perlu saling hormat menghormati

supaya sebarang program di asrama dapat berjalan dengan teratur.Namun,jika mangsa tidak menuruti

kehendak pembuli @ senior maka insentif akan diterima oleh mereka seperti denda yang bertujuan mendidik

dan diberi peringatan bukannya hukuman.Dengan itu,mangsa akan sentiasa berdisiplin kepada seniornya.

Sebenarnya terdapat banyak motif kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:


* Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.

* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.

* Mereka pernah menjadi mangsa buli.

* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.

* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.

* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.

* Akibat perceraian ibu bapa.

* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.

* Sekadar mahu berseronok.

* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.

* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.

* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.

* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hentikan Buli !!!

Hentikan Buli !!!